teteman

"SEGMEN PENULIS SENJA TERAKHIR" oleh penulis kata


Along join sebab nak kongsi, salah satu puisi yang penulis kata buat supaya kita sedar siapa diri kita sebenarnya sebelum membuat hukuman melulu kepada orang lain.

maaf ye Penulis Senja, tak sempat dah nak tag 3 orang tu kawan along praktikal.. yang lain nak join silekan.. sempat kot malam ni.. =)



diciptakan tanpa nafsu
berkhidmat menurut Tuhan  yang satu
setiap detik setiap waktu
tetap setia tak pernah jemu

Aku bukan malaikat

berhati suci tiada noda 
bebas daripada nafsu dan dosa
tak pernah timbul niat angkara
hidupnya aman tiada sengketa

Aku bukan malaikat

tak perlu berlakon tak perlu berpura
apa dibuat bersih niatnya
tanpa walau secebis dusta
taat perintah tetapan yang Esa

Aku cuma insan biasa

dicipta tuhan yang Maha Esa
daripada benih yang jijik dan hina
menjadi makhluk tuhan dewasa
di dunia hidup diuji sentiasa

Aku cuma insan biasa

seringkali lalai tak pernah sempurna
dalam meniti hidup manusia
sungguh lemah melawan rasa
terkadang tewas nafsu berkuasa

Aku cuma insan biasa

tidak punya sebarang kuasa
meramal perkara di awal masa
menjangka apa yang org rasa
agar bahagia mereka sentiasa

Aku cuma insan biasa

tidak punya sebarang kuasa
puaskan hati setiap manusia
tapi kucuba elakkan sengketa
namun terkadang terjadi jua

duhai teman duhai saudara
ampun maaf diriku meminta
atas silap dan juga dosa
yang telah, sedang dan mungkin tercipta


penulis kata




entry asal

2 Response to "SEGMEN PENULIS SENJA TERAKHIR" oleh penulis kata

  1. wah!! hebat jugak along ni..

    kalah la wan mcm ni

  2. ahahh.. join gak?.. =p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...