teteman

jalan mati


dalam perjalanan ini
kini sampai ke jalan mati
sedang yang lain memecut ke destinasi
kau sesat seorang diri
dalam laluan yang kau buat sendiri
apa kau nak buat kini?
jalan lain baru kau nak cari?
tapi siapa yang sudi?
tolong orang sesat yang tinggi diri?
bodoh sombong tak sedar diri.
kau ingat orang nak peduli?
dulu orang nasihat, kau tuli
jangan buat itu ini 
tapi tu jugak yang kau cari
sekarang kau dah sesat sampai sini
baru lah kau sedar, tinggi rendah langit bumi.

kawan, mari sini,
aku nak pesan, tu pon kalau kau sudi
carilah simpang yang baru biarpun berjalan kaki
perjalanan kau bukan setakat disini
pasti akan ada jalan baru, tuhan akan bagi
tapi kau kena lah sedar diri
jangan benda lama kau buat lagi
kalau tak ubah nanti,
bagi jalan mane pon, mesti sesat lagi.
jadikan semua ni pengingat diri
ubah pemikiran, cuba kawal diri
guna akal iman yang tuhan dah beri
insyaAllah, semuanya akan baik kemudian hari
kalau kau ikhlas nak ubah nak kembali
kena lah bersungguh-sungguh jangan mudah berhenti
jangan cepat mengeluh, itu bukan solusi
usaha kena jalan, doa ibadat tak boleh berhenti
doa usaha ikhtiar tawakal, tu 'duit' tambang ke destinasi

semoga berjaya mencari
walau jauh mana destinasi
walau jalan mana yang dah kau tempuhi
walau banyak mana pun masa yang kau dah rugi
ingatlah Allah sentiasa di sisi
Raqib Atid ada kanan kiri
mak ayah dah banyak korban itu ini
ingatlah.. jangan sesat lagi..


penulis kata

24 Response to jalan mati

  1. tersesat dlm KL .. boleh tolong ? hehehe ;p

    makin pandai along ye ^^

  2. long..ang memang org sastera la :)

  3. malu bertanya sesat jalan. lain kali tengoklah sigboard. haha

  4. haha...minat bersastera ni :P
    jgn menyimpang jalan..kang tersesat msuk alam lain hu

  5. tomato : ahahah... sesat lam kl, kan ramai kat tepi jalan.. ;)


    amiey : ahahah... jangan... jangan... ampun...


    zikery hassan ; tengok signboard tapi tak paham pon boleh sesat gak.. hahah

  6. ROROI says:

    Peeeehhhhhhhh...jenuh aku nak paham...hahaha

  7. zuwaidah says:

    oooooooo kak zu sesat cari blog ni...baru jumpaaaaaaa

  8. erk....

    dah faham blom?...
    ni kata2 semangat untuk teman2 yang
    baru sedar dari kesesatan..

    tak kire sesat dalam ruang ape pon..
    ;)

  9. perhhh bersastera ko ye :P

  10. kalau malu bertnya kita sesat jalan.. ada kwn2.. mntak tlng.. jgn sombong... utk kebaikan bersama.. :)

  11. ayat2 anda style . hehe

  12. nice along...moga yang da jumpa jalan tu terus meneroka jalan yang da dijumpai...tak berpatah balik dah..

  13. adwafarahin : bukan selalu :)



    Abu Huzaifah: btul tu ;)


    Puteri Ain : em?.. eh.. thnx.. :)



    kak Sunah : semoga dia tak lupa pesanan dan peringatan yang tersedia di kiri kanan jalan.. :)

  14. .tersesat dekat dalam hutan nie , apo mao bikin ?

  15. sesat dalam hutan?..

    ingat pesan tuhan,
    tenang.. cari sungai, folo sampai bawah. insyaAllah jumpa kampung @ sampai pantai..

  16. memang kena dgn aku la puisi ko ni....

  17. Faizal Fredley :

    kena?.. er.. aku buat general je ni.. :)

    sama2 ambil iktibar ye..

  18. mesti serabut nak cari perkataan hujung 'i' kan? hahahaha

  19. cik pulau says:

    tu dia long.
    terbaek...
    andai tersesat. blom terlambat untuk patah balik..
    jangan sampai saat,bila nyawa dah nak dicabut, masa tu dah tak sempat nak patah balik..^^,

  20. khairiyah says:

    wahh..terbaekk lah,maksud mendalam giler!^^ pengajaran buat orang lain

  21. zulfikar :
    memule tu susah.. tapi kendian die mari cam mengalir je.. ni pon ade yang aku potong.. risau panjang sangat.. meleret.. =p



    cikpulau :
    insyaAllah..
    mati bila2 je


    khairiyah :
    em.. thnx :)

  22. bestnya blog ni....
    puisi ni banyak maksud mendalam...
    nice entry.. :)

  23. perawan says:

    wordwriter?

    nice wordings u got there

  24. Nabilfahmi :
    terima kasih.. :)




    perawan :
    terima kasih..
    along pon suka puisi2 perawan :)
    lagi tajam dan mendalam..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...